Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca blog.
Rasa lesu masih dirasakan selepas balik dri Turki, masih pulak masih ikut jam sana. Sy suka melihat dunia tp hakikatnya Travel ni memenatkan diri & menghabiskan duit sebenarnya sebab banyak berjalan banyak memandang. Nanti sy tulis ttg Turki selepas menyambut 2016.. Ucapan menyambut tahun baru dri Dj radio Klasik hari ni sangat menarik perhatian sy sehingga mood sy mengajak menulis ttg baran @ ‘kepala angin’ @ ‘naik hantu’..
Kata DJ tu “Kita ni kalau boleh lebih baik dri sebelumnya. Begitu juga bila tahun berubah sikap juga harus berubah.. Jangan depan org sopan lembut lembut, hakikatnya sgt baran”..
Jom sy kongsikan sedikit ttg pengalaman sy mengenali org2 yg baran.. Mungkin betul mungkin juga tidak apa sy tulis ni. Cuma kepada yg belum berkahwin elakan berkahwin dgn org yg baran. Ia bukan sja menyakitkan malah boleh menjadikan kita trauma.
(Sy mendoakan semoga anak2 sy mendapat jodoh yg baik2 sejak mereka kecil lagi. Kerana sy merasakan sakitnya melalui perkahwinan dan derita akan dirasakan berpanjangan. Mengemis perhatian dan kasih sayang. Jika memiliki jodoh yg membahagiakan kita akan merasa selamat, selesa seronok sepanjang masa)..
Bila ada sifat Baran dan pemarah mereka ni pentingkan diri dan x boleh ajak bincang. Lebih2 lg yg menyebabkan tersentuh jiwa mereka. Mereka ini hilang malu pd org keliling, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Mereka x boleh dikawal dan sanggup memusnahkan apa saja.
Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. Mereka x peduli apa kesudahannya dari sikap baran ni meskipun merugikan diri sendiri. Biasanya marah ni dikuasi ego yg super tinggi yg sukar diubah..
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Berkemungkinan sikap panas baran ini berpunca daripada tahap perkembangan didikan daripada ibu- bapa di rumah?
Pengalaman mengenali org panas baran mereka ini gagal mengawal emosi yg wujud dri faktor-faktor yang menjadi pencetus (trigger). Macam ada alarm jer bila mereka akan start keluarkan laharnya.. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang.
Myb sejarah seseorang itu dibesarkan, kecewa & ego yg melampau. Sifat pemarah tu emosi manusia yg normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada org kata faktor genetik mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Apa yg sy lihat lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah & Perempuan pula kuat dgn cemburunya.
Pendapat sy punca timbulnya sikap panas baran itu .
- Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisi.
- Mengikut pengalamannnya sendiri, iaitu dengan menunjukan kuasa dengan marah maka dia memperolehi apa yang dihajatnya atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk di buang.
- Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan merupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh menyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.
- Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
- Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan, kerana ia mahu matlamatnya disampaikannya itu diterima .
- Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabul.
- Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.
- Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup iaitu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.
- Org tua jarang panas baran kerana mereka selalunya sudah matang dn mahukan kehidupan yg harmoni dn kedamaian hidup berkeluarga. Jika masih ada itu maksudnya “Taufik dn hidayah Allah x sampai pada dirinya”..
Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada mereka.
Jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.
Baran seperti penyakit jiwa..
Kalau sekadar marah semua orang ada sifat ni. Tetapi jika kemarahan kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa. Selalunya orang panas baran tak akan mahu mengalah dan mengaku kesalahan mereka.
Sifatnya perahsia dan sukar difahami. Mereka sukar menyatakan sayang atau keperluan orang lain dalam dirinya. Sebaliknya mereka mudah menunjukan keganasan untuk membuktikan “Aku betul semua dn Aku redha apa jadi sekali pun” itu ayat kemenangan bagi mereka.
Terima kasih, minta maaf adalah ayat yg tak akan mereka ucapkan..!! Hebat sekali penyakit jiwa yg mereka ada. Ponstan pun x mujarab mereka ni.. Sikap buruk mereka menyukarkan ketegangan hidup kerana gagal berkomunikasi dn perhubungan semakin sempit.
Mereka sgt sensitive dn merajuk mengalahkan sikap perempuan. Kemahuan mereka hanya mahu org lain memahami mereka , minta maaf atau tunduk kepadanya.. Sikap mereka ini antara lainya rela berhenti kerja jika ditegur atau kecik hati. Kalau berkahwin mereka rela bercerai dri berubah sikap kerana merasakan diri mereka semuanya betul.
Mereka ini sukar mengawal diri sehingga menyukarkan diri dalam komuniti.
Ada 2 jenis baran ..
Panas baran tanpa ego – Ini masih boleh dikawal oleh org lain jika dinasihati oleh pasangan atau keluarga terdekat. Mereka akan cuba berubah kerana jiwa mereka ada kasih sayang dan sifat ihsan yg masih mendalam.
Panas baran & Ego – Jenis ini sgt susah dan menyakitkan. Ia x boleh dikawal oleh sesiapa pun kecuali Allah memberikan mereka kesedaran atau atas kehendak dirinya sendiri mahu berubah. Mereka ini kurang rasa kasih sayang dan barannya x bertempat. Contohnya jika soalan itu ttg politik (bukan ttg dirinya pun) dia akan melenting marah tanpa sebab yg wajar..
Dalam tasawuf mengajarkan kepada sy hanya kasih sayang dan ihsan sesama bernyawa menyebabkan Allah redha dan asbab mudah ke shurga. Mengawal baran amat penting dalam mencari rezeki, pergaulan apa lagi melibatkan kekeluargaan. Kerana ia melibatkan komunikasi & pemahaman.
Orang kita Melayu mmg wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Org sekarang xpercaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telah pun di buat antara nenek moyang mereka dengan mahluk halus ini mengikut perjanjian tertentu..
Ha ha ha X kan nak salahkan jin memanjang kan..?? Salah sendiri x balancekan emosi salahkan jin pulak.. oii marah juga jin macam ni..
Tanda-tanda seseorang itu panas baran?
Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.
Kesan buruk panas baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.
Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
Malu kepada diri sendiri & orang keliling. Perlulah belajar untuk menjadi masyarakat yang bertemadun – mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili temadun itu sendiri.
10 Risiko Individu Panas Baran :
- Dipulaukan masyarakat sekeliling
- Jiwa kosong (murung)
- Hilang pekerjaan/Jawatan
- Penceraian
- Kemalangan
- Pergaduhan
- Kesalahan jenayah
- Melakukan penderaan
- Tekanan perasaan
- Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).
Bagaimana tangani sikap panas baran?
Berikut ada beberapa tip untuk tangani sikap panas baran.
- Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum. Bila baran datang berperanglah utk mengawalnya.
- Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat.
- Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.
- Rasa malu dgn usia, pencapaian diri dn kekeluargaan.
- Banyakkan membaca buku-buku motivasi .
- Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor2 baran akan wujud .
- Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.
- Marah tidak akan mengubah apa-apa malah menunjukan kebodohan & sifat tidak matang.
- Marah sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stress yang diakhirnya memudaratkan diri sendiri.
- Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui Kaunselor atau pakar psikatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
- Sentiasa berfikiran positif : Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “Oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas” atau “Ohh.. mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
- Halakan kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain.. Otak ketika marah kekurangan oksigen.. Katakan pada diri secara positif, “Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.
- Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
- Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaiknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.
Apakah bentuk bantuan yang boleh masyarakat atau orang sekeliling berikan kepada seorang panas baran?
- Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
- Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.
- Sabar dengan mereka yang panas baran, cuba bercakap dengannya dalam nada yang perlahan lagi lembut.
- Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.
- Berikan dia segelas air sejuk.
- Usah berada disitu, biarkan dia sendiri buat sementara. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.
- Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang. Banyak membantu mereka untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.
Kesimpulannya
Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah.
Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.