Quantcast
Channel: Blog Peribadi Puan Rozita Ibrahim »» Bicara Bonda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 23

20 Kesan Buruk Makan Pil Perancang..

$
0
0

Esok 8hb sy akan bersiaran di IKIM jam 11.30am.. Sehari sebelum menjelang nak bersiaran di IKIM ni (Mood sy hari ni) buat sy x selesa sgt.. Takuttttt..

Sy x ada temujajnji.. xnak diganggu supaya sy bersedia untuk esoknya.. (gitu lah sebelum ni juga he he he..).. Kalau sy tersasul banyak tu sbb menahan nervous..harap esok x gigil..

Salah 1 sebab sy takut sbb pendengar radio IKIM ni 80% educated & kuat ugama.. Mereka sgt peka.. Jangan buat main.. Tu sy seram setiap kali ke IKIM.. Sy tawakal jer niat nak cari rezeki halal.. Niat sy x tipu org dn Allah suka/redha sudahlah..

Sy x boleh senyum ikhlas hari ni.. 2 hari sebelum siaran sy kena hantar skrip.. Masa datang tu kena briefing dulu.. Sy diberi amaran oleh pegawai IKIM x boleh sebut ni.. x boleh sebut itu.. Semua kena sopan dn islamik dn wajib ada lesen produk berdaftar KKM (patuh juga ayat2 yg x boleh sebut arahan dri KKM..)

Silap gaya xpandai plan x laku produk sbb “x boleh hard core utk selling produk”.. Contoh Royal V berapa puluh banyak kebaikan terselindung.. x disampaikan.. Sama sekali x boleh dinyatakan pd umum.. Tp bila pengguna dah makan baru tau kesannya bagaimana..

Bukan senang nak menjual produk di media cetak, radio atau TV.. KKM sgt kuat pantau.. Kalau produk xda lesen mana boleh masuk radio atau paper..

Tulisan sy hari ni perkongsian sy bertajuk.. “Pil Perancang ubatan paling kejam yg sy benci”..

Sifat ambil peduli/kepekaan pd diri sendiri membolehkan sy mengenali apa yg sy perlukan dlm pemakanan harian ataupun mencipta formula produk yg sy akan jual.. Buat produk ni macam masakan gak kalau kena bahan semua cukup masakan jd sedap..

Kalau buat produk bahan2 campuran dlm tu mesti menyokong antara satu dgn lain supaya mempercepatkan tindak balas dan cepat nampak hasilnya ikut apa kita hajatkan..

Sejak mula mengasaskan ST sy cakap pil perancang punca gemuk dn susah kurus.. Hormon macam org tua yg menopause walhal usia 27 tahun.. Sy cakap sbb sy pernah rasa dn lihat kesannya pd kenalan dekat..

Sy makan pil 5 bulan jer zaman dulu sbb sy xnak hamil.. Sy sgt subur.. Masa tu selepas bersalinkan anak ke-2 Noor Aini.. Sy x nak anak lg kerana hidup kami sgt susah..

Kesannya sy gemuk susahnya nak kurus, perut boroi, diet x jalan, senam atau aktif banyak pun tetap x nak turun.. Ramai sedara mara sy makan.. (dlm hati sy kata patutlah gemuk).. Kesannya kesian sgt sedara mara sy yg makan pil perancang terlalu lama termasuk mak sy dah tua sakit kaki dn x boleh jalan..

Sy stop x tahan sbb x suka dgn bentuk badan mengembang x cantik “out of aligment” walaupun hanya makan 5 bulan jer.. Masa dlm tempoh berhenti mkn pil tu sy makan herba, diet dn aktif untuk mendapatkan shape badan cantik.. Mmg geram sbb sgt lambat..

X lama lepas berhenti tu sy pregnant.. Masa pantang sy makan jamu bersalin (kalau sekarang amme complete).. Masa dalam pantang muka sy merah segar x pucat.. dan nampak sy boleh kurus (sbb tu sy kata amme complete bagus pulihkan badan wanita)..

Bila Gemuk – Hormon x tentu arah lagi cepat tua.. Akhirnya sy boleh kurus degn cepat lepas tu.. Itu kisah sy dgn pil perancang..

Seterusnya pengalaman sy ttg kesan buruk pil perancang yg myb doktor x kan beritahu..

1. Ada setengah org akan loya..

2. Datang haid atau pendarahan yg panjang..

3. Mood jd x betul..

4. Kulit kering x cantik kusam dan punca jeragat.

5. Kegemukan paling ramai.

6. Makin kurus pun ada juga.

7. Ada ketulan pd payudara/setngah org rasa sakit sgt.

8. Penyumbang kanser payudara..

9. Penurunan libido (atau xda keinginan sex)

10. Keputihan banyak

11. Miss V longgar

12. Pengelihatan kabur kurang jelas..

13. Sakit perut..

14. Selalu sesak nafas..

15. Pening kepala yg serius.

16. Bengkak atau sakit pd kaki/peha (x boleh jalan)..

17. Menyebabkan darah tinggi.

18. Potensi dpt tumor.

19. Potensi kepada kanser servik..

20. Masalah tulang belakang bengkok.

Ramai tanya sy ada x jual produk herba sy cegah kehamilan.. he he maaf sy jawab xda.. Dulu2 sy ada tanya ustaz boleh x kalau sy buat produk tu “cegah pregnant” Ustaz kata “Haram sbb Rasullullah SAW suruh kita ramaikan umat..”.. Sy cadangkan org muda elok lah beranak banyak.. Rugi anak sikit.. (tp sy sedih Yati kata dia pun x nak anak banyak.. Ada ke patut dia kata malas nak jaga & kos mahal..) 

IUCD berada di rahim wanita utk mencegah kehamilan. Kos IUCD antara RM300 - RM1000 ikut jenis dan bergantung pd hospital.. Jika penggunaan lebih dri 3 tahun dikhuatiri benangnya boleh tercabut, pembedahan perlu dilakukan utk buangkan benang tersebut.. Inilah antara risiko yg mengambil IUCD..

IUCD berada di rahim wanita utk mencegah kehamilan. Kos IUCD antara RM300 – RM1000 ikut jenis dan bergantung pd hospital.. Jika penggunaan lebih dri 3 tahun dikhuatiri benangnya boleh tercabut, pembedahan perlu dilakukan utk buang benang tersebut.. Inilah antara risiko yg mengambil IUCD..

Sy amalkan IUCD sbb kesihatan dn umur sy.. (potensi mengandung ada 2% pakai IUCD..) Ia bagus sbb xda kacau hormon.. Cuma ngeri nak masukan tu.. Seeloknya ambik yg 3 tahun.. Jgn ambik yg 5 tahun.. Implano, suntikan, pil perancang.. semuanya ada kesan mudarat pd badan.. Paling terbaik ialah IUCD..

Sekian sembang2 dgn sy hari.. sayang sgt sy pd anda semua wanita.. Sbb sy pun wanita.. Panjang usia banyak pengalaman.. Jaga diri elok2 ya wahai wanita yg sy kasihi..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 23