Sy tulis je.. sedangkan sy mengalaminya dan sy malu kalau org tengok kaki sy.. susah nak beli kasut dn sy selesa berselipar dari berkasut cantik..!!
Bunion atau Hallux, bonjolan yg terdpt pd sendi ibu kaki merupakan kecacatan pada sisi kaki yg kelihatan seperti tulang yg terbonjol keluar.. Terjdi selalunya bila mengunakan kasut bertumit tinggi (heels), kasut yg sempit atau lebih kecik dri saiz kaki terutama yg ketat di jari penunjuk.
Selalunya bunion nie terjadi dlm kalangan wanita. Bunion pun boleh terjadi disebabkan keturunan/faktor genetik yg diburukkan lagi oleh pengunaan kasut x sesuai..
Ada anak sy menurun masalah kaki seperti ini..
Bunion terjadi secara beransur-ansur akibat pemakaian kasut yg sempit dn juga heels.. Geselan bengkak pd kasut menyebabkan kulit menjadi radang dn menyakitkan. Gejala yg biasa terjadi pd bunion ialah sakit atau rasa pedih, radang, kemerahan pd kulit & rasa panas seperti terbakar terutamanya ketika memakai kasut ketat dn rasa kebas pd ibu jari kaki..
Selalunya pesakit bunion nie mmg susah nak cari saiz kasut sebab ade nye benjolan di tepi kaki.. Untuk kasut2 yg sesuai dgn saiz kaki mereka, mereka kadangkala terpaksa beli saiz yg agak besar untuk memastikan kasut tu selesa & muat.
Tekanan dri memakai kasut sempit atau heels menyebabkan tulang tertekan dn memaksa tulang tu berganjak samada ke dalam atau keluar, kebawah & kekadang ke sisi.. Pemakaian kasut yg sempit yg dikenakan sebelah kaki yang besar (hallux) memaksa ia ke dlm dn kadang-kadang di bawah atau di atas jari kaki yang lain (angulation).. Apabila tekanan digunakan, tisu disekeliling sendi boleh membengkak.
Sy mengalami saiz large dan dia x membesar kekal saiz itu setakat ini.. Ia terjadi semasa umur sy 13 tahun.. Bunion x boleh diurut dan x boleh hilang dgn sendirinya & selalunya akn bertambah teruk dri masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pelan rawatan pesakit bunion ni bergantung dgn individu sbb ada yg bunion nya berubah dgn cepat & ade yg lambat dan ade jugak bunion yang x perlukan rawatan…
Sy dengar ada rawatan secara klinikal kiranya rajin membuat rawatan di hospital.. Tp sy malas nak buat. Kabarnya utk mengurangkan kerosakan pd sendi tu pemeriksaan klinikal & X-ray dilakukan oleh pakar ortopedik.
Nak mencegah dari merebak dan langkah rawatan awal ialah :
- Pakai kasut selesa dn sesuai dgn bentuk kaki dn hujung jari seperti depan kasut yg lebar dan lebih ruang utk jari kaki..
- Elak pakai kasut yg runcing didepan / bertumit tinggi kerana boleh memburukkan lg keadaan..
- Pemakaian penebat atau pelapik pd bunion boleh mengurangkan rasa sakit atau pemakaian penyokong atau peralatan orthotik boleh mengurangkan gejala bunion..
- Elak melakukan aktiviti yg boleh menyakitkan bunion seperti berdiri atau berjalan terlalu lama..