Quantcast
Channel: Blog Peribadi Puan Rozita Ibrahim »» Bicara Bonda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 23

Khasiat delima yg mewah.. Itu amalan sy prevent penyakit..

$
0
0

Hari ni kelapangan waktu, semalam sy cerita pasal epal hijau dan hari ni mengenai ttg delima. Delima merupakan buah yg sy ambil setiap 4 kali dalam seminggu utk prevent badan dri sebarang penyakit. Setiap apa sy makan mesti ada nilai perubatan.. (Delima & Epal hijau terdapat pd Royal V & Persis Dara)

Orang kaya bagi sy “hati yg beriman, ilmu yg diamalkan, kesihatan yg baik dan waktu hidup yg x disia2kan..” Sy menulis agak kemas pd kali ini kerana setiap ayat2 sy pd bahan makanan ini akan dibawa kepada leaflet produk sy.. he he he.. Kalau blog biasa sy pakai taram jer…

Antara produk sy yg ada delima ialah Royal V & Mustanir.. Sy menyumbangkan formula & idea kepada 1 badan dakwah “Dar Al Whikayah As Syariah“ dimana penaungnya ialah Ustaz Abdullah Al Amin dn beberapa ulama lain.. Ekonominya dn kewangannya diniatkan untuk membangunkan Al Quran & dakwah Islam..

 

Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

delimaDelima berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica Granatum dalam istilah botani. Ia juga hidup di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.

Dalam Islam, mengisahkan buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga. Ia juga dikurniakan Allah kpd kita sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang mahu melihat tanda-tanda kekuasaanNya yg terdapat pd buah ini.

Buah delima merupakan makanan kesukaan Rasullulah SAW. Pelbagai sebatian tumbuhan yang bermanfaat yg tiada tandingannya dengan makanan lain.

Sifat dn menafaat dalam secawan buah delima yg sarat dengan nutrien penting dalam 1 cawan jus delima bersama kulitnya mengandungi 24 gram gula dan 144 kalori. Ia kaya dengan serat, vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bioaktif. Delima mengandungi kebaikan perubatan untuk kesihatan mahupun kecantikan yg sgt mujarab.

Punicalagins merupakan antioksidan yang sangat kuat terdapat dalam jus dan kulit buah delima. 3 kali ganda kekuatannya dri teh hijau. Sebiji delima mengandungi

Fiber              : 7 grams.

Protein          : 3 grams.

Vitamin C      : 30% of the RDA.

Vitamin K      : 36% of the RDA.

Folate             : 16% of the RDA.

Potassium     : 12% of the RDA.

Nilai pemakanan yang baik terdapat pd buah delima ini untk mengimbangi pemakanan sempurna. Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanya sedikit sahaja terkandung di dalamnya.

Ia juga sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk & masalah kerongkong.

Seperti mana sabda daripada Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan & mengeluarkan kepanasan dalam perut.

Buah delima tidak elok dimakan semasa demam tetapi sgt baik merawat cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.

Mengikut teori perubatan homeopati ia dapat menghilangkan rasa keletihan & mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid.

Rasanya yang pahit dn sangat tidak sedap dimakan tetapi bermanfaat daripada rasa pahit tersebut yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.

 

Antara menafaat kesihatan buah delima, yang disokong oleh penyelidikan saintifik moden.

Merawat Anti-Radang

  1. Keradangan kronik punca datangnya pelbagai penyakit pembunuh seperti penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, penyakit Alzheimer dan juga obesiti.
  2. Jus delima berguna dalam rawatan utk lelaki yg mengalami kanser prostat. Ia menghalang pertumbuhan kanser dan mengurangkan risiko kematian.
  3. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak buah delima mengurangkan aktiviti radang dalam saluran pencernaan, mahupun dalam melawan kanser payudara dan sel-sel kanser usus besar.
  4. Merawat penyakit berangkai. Menagmbil jus buah delima secara konsisiten diamalkan selama 12 minggu boleh menurunkan kencing manis , kolestrol , darah tinggi dn kencing manis dengan cepat.

Pengambilan jus delima 150 ml (5 oz) setiap hari selama 2 minggu (15) boleh menurunkan paras tekanan darah dalam masa 2 minggu. Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu punca serangan jantung dan strok.

Melawan Artritis dan Sakit Sendi

Menariknya, kajian makmal mendapati ekstrak buah delima boleh menghalang enzim yg merosakkan sendi bagi penghidap osteoarthritis.

Rawat sakit mulut & gusi

Delima mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-virus yg sgt berguna terhadap penyakit biasa gusi atau sakit mulut. Ia melawan bakteria dan jangkitan kulat pd mulut akibat mikroorganisma yang berbahaya. Kesan anti-bakteria dan anti-kulat yg ada delima juga boleh menjadi pelindung terhadap jangkitan dan keradangan di dalam mulut seperti gingivitis, periodontitis dan gigi palsu Vesicular.

Mengurangkan pelupa

Buah delima boleh meningkatkan daya ingatan bagi org berusia atau selepas pembedahan, dan kajian menunjukkan bahawa ia boleh melindungi daripada penyakit Alzheimer.

Kecergasan Fizikal

Delima kaya dengan nitrat pemakanan untuk meningkatkan prestasi keaktifan pergerakan seharian. Rasai perbezaannya cuba ambil delima sebanyak 50gm sebelum bersenam kesannya pd badan ketara pengaliran darah sgt sempurna dan melambatkan keletihan, dan peningkatan dalam kecekapan senaman. Delima boleh memberi manfaat kepada prestasi fizikal..!!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 23